Thursday, March 20, 2008

Assalamualaikum.

Sebagai orang baru dalam dunia blog ini saya merasakan sungguh bertuah kerana diberikan ruang berbicara, bertukar pendapat, belajar dan mengajar serta mendapatkan maklumat yang banyak dalam ruang ini. Seharusnya saya akan menggunakan peluang dalam blog ini dengan penuh amanah dan berhemat.

Sudah terlalu banyak blog-blog yang menceritakan pasal hal ehwal semasa. Saya juga tak dapat lari dari apa yang berlaku dalam negara sekarang. Saya merasakan perlu untuk suara Rakyat biasa yang tidak bercita-cita untuk memegang jawatan dimana-mana parti politik untuk memberikan pendapat.

Saya rasa perlu suara-suara seperti golongan rakyat "lower class income to lower middle class income" memberikan pandangan tentang apa yang diperlukan untuk mereka. Suara-suara sebegini biasanya tidak selalu kedengaran. Selalunya diambil mudah oleh golongan pemerintah.

Sekarang kita berada dalam detik yang paling penting dalam sejarah tanahair kita. Tidak pernah terlintas akan berlaku 'tsunami politik' sebegini rupa. Dan saya merasa bangga kerana saya adalah sebahagian dari 'tsunami' yang melanda politik negara.

Bangga kerana berjaya menyedarkan pemimpin Barisan Nasional (PBN) akan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Masalah ini bukan baru berlaku pada 8 mac yang lalu tetapi telah berlaku semenjak 1998 lagi. Ombak 1999 adalah ombak yang pertama datang melanda dan ombak yang kedua- yang semua orang tau apabila melanda Acheh dulu telah melenyapkan beratus ribu orang-pada 2008 telah menelan 6 negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Tinggal 5 negeri di Semenanjung dan 2 timur Malaysia. Mungkinkah ada ombak ketiga. Saya rasa bukan lagi ombak tetapi gempa bumi yang akan menelan terus BN kedalam perut bumi.

Semoga Allah selamatkan Malaysia dan kita semua. Jumpa lagi









No comments: